Okay korang kali ni aku nak bawak korang jejalan kat Osaka Castle Park di Negara Matahari Terbit!
Kalau korang nak tahu, Osaka Castle Park ini dibina pada tahun 1931, dan kawasannya sebesar 106.7 ekar!! Dekat sini macam taman pokok bunga yang besar tau, sbb die ada 600 pokok sakura, termasuk Yoshino Cherry ( hybrid dari Prunus speciosa X Prunus Pendula f. ascendens) yang terdapat di Nishinomaru. Ia nampak sama tapi berbeza ya guyss!
Yoshino cherry
Cherry blossom / sakura
Prunus speciosa
Prunus pendula f. ascendens
Cantik ean bunga² ni😍? Okay back to topic, kat sini juga terdapat 95 jenis bunga apricot jepun/plum blossom. Ada 1250 pokok di Ume Grove dan di Omoide-no-mori ( Grove of Remembrance).
Japanese apricot flower / plum blossomUme Grove
Sambil² korang menikmati pemandangan pokok sakura yang cantik lebih² lagi pada musim bunga,kat sini juga merupakan sebuah taman yang lengkap dengan bermacam kemudahan bersukan.
Pemandangannya akan berubah dari musim ke musim tapi tetap menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun. Walaupun ia terletak di tengah bandar ia masih menjadi tempat berekreasi dan tempat berehat yang selalu dikunjungi orang Osaka.
Berjalan di sekitar taman ini korang dapat melihat jambatan-jambatan indah serta Istana Osaka yang kini dijadikan muzium. Kalau korang semua dah puas menikmati pemandangan di sekitar taman, jangan lupa untuk singgah ke istana ini pula.
Okay guys sampai di sini sahaja pengembaraan kite kali ni!! Jangan lupe comment ye!










wahhhh
ReplyDeleteterbaik..benda paling ajaib yang pernah saya tengok
ReplyDeletewuu set set budak layan anime hehe
ReplyDeletenice
ReplyDelete