Assalammualaikum! Okay firstly, thanks laa kepada sesiapa yg sudi comment and baca blog aku ni...lagi OwO. Aku bagi mini lep sikit untuk korang 💕 HAHAHAHAH.
Okay back to main point, kali ni aku nak bawak korang gi travel kat dalam negara dulu. Korang jangan pikir Malaysia ni xleh travel, kat sini pun ada banyak tempat² yang menarik. Jadi kita akan travel ke negeri kelahiran aku iaitu Johor Darul Takzim. So kat Johor ni aku nak ajak korang gi Pulau Besar! Or nama panjangnya adalah Pulau Babi Besar!? Eh? ada babi ke kat pulau ni? Asal babi? Pelik ean? So korang nak tahu tak asal usul nama pulau besar ni?
Ceritanya begini....
Kalau Pulau Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri, Pulau Besar juga mempunyai kisah lagenda tersendiri yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan. Kisah menarik tersebut mengisahkan tentang sepasang nelayan yang dikatakan telah bertukar menjadi ikan duyung. Ya ikan duyung guys!!
Penduduk tempatan mempercayai bahawa isteri kepada nelayan tersebut yang sedang sarat hamil mengidamkan rumpai-rumpai laut untuk dimakan. Dan macam yang korang jangkakan isteri nelayan tersebut bertukar menjadi ikan duyung selepas makan rumpai-rumpai laut tersebut.
Si suami yang melihat kejadian yang menimpa isterinya itu berasa sangat berang lalu melepaskan kemarahannya dengan memaki hamun "babi! babi! babi!" lalu memanggil pulau tersebut dengan panggilan pulau babi. Sejak itu, nama pulau babi itu kekal digunakan sehingga sekarang. Tapi kisah ni hanya kisah yang viral dikalangan penduduk kat situ. Kesahihan kisahnya masih diragui. Okay done pasal asal usul Pulau Besar.
Kalau korang merancang untuk datang ke Pulau Babi di Johor ini, aku cadangkan korg baca mengenai beberapa ilmu penting seperti peta, review pengunjung terdahulu, bayaran terlibat, papan tanda pemberitahuan dan sebagainya. Justeru, berikut aku akan cuba bantu untuk korg semua mencari beberapa benda berkaitan di Pulau Babi di Johor seperti berikut. Semoga bermanfaat.
MASA YANG SESUAI
Sengaja aku bincangkan tentang masa ini diawal-awal lagi kerana untuk memastikan korg semua tahu waktu sesuai untuk ke Pulau Babi di Johor. Hal ini kerana Pulau Babi di Johor ini terletak di sebelah Selatan Malaysia.
Actually nak ke pulau ni mengambil masa 40 MINIT!! dari Mersing. Jauh ean? Tapi ia sangat laa berbaloi sebab pulau ni air die jernih and die macam tempat relaxation laa jauh dari kesibukan bandar!! Soo macam best je ean??
Okay secara umumnya, mungkin tempoh sesuai serta paling ramai pelancong mari ke sini ialah dari bulan April Hingga September kerana pada masa ini ianya suasana yang mungkin sentiasa cerah dan tidak hujan. Pada masa ini juga, ramai pelancong sangat suka ke sini kerana mereka dapat merasai suasana panas di tepi pantai dengan seronoknya. Pada masa ini, banyak aktiviti yang mungkin dapat dilakukan di Pulau Babi di Johor ini.
Dan masa yang tidak sesuai untuk ke Pulau Babi di Johor ialah pada musim hujan iaitu mungkin pada bulan November hingga Februari. Justeru, pastikan perancangan percutian korg untuk ke sini dibuat dengan bijaksana jika tidak mahu kecewa di kemudian hari.
Kelengkapan dan Baju yang Sesuai Jika Datang ke Pulau Babi di Johor
Mungkin ianya nampak remeh tetapi ingatlah yang ianya mungkin menjadi isu! Nikmatilah dan ikuti sahaja list barangan dan pakaian ini jika korg nk ke Pulau Babi di Johor nanti.
Senarai Pakaian & Barangan Jika Pergi Picnic ke Pulau Babi di Johor :
Pakaian Mandi yang tutup aurat.
Kaca Mata
Baju santai yang selesa.
Selipar atau sandal (Pakai kasut tumit tinggi dan pasti anda menyesal)
Stoking dan Kasut Sukan
Air untuk bilas badan
Barangan snorkelling
Pelampung
Tikar
Makanan
Pinggan dan gelas polisterin
Air Minum
BBQ set, pemetik api & arang
Kain pelikat & tuala
Khemah
Berikut ialah sebenarnya senarai yang kita semua tahu. Disebabkan perlu ambil kira banyak benda terutama jika isteri atau anak-anak perempuan hendak menukar pakaian basah mereka. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan itulah hasilnya senarai barang yang mungkin perlu dibawa.
Maaf laa kalau ayat² kat atas nampak cliche.. Lol
Sebab aku pinjam🙄 ayat orang heheheheh.
Jadi sampai disini saja travel blog aku kali ni. Stay tuned guys untuk blog yang akan datang. Jangan lupe comments ok!! Cauuu





hahahahaha terhibur sia aku nama pulau niii
ReplyDeletenk mkn rumpai-rumpai laut laaaa🤣
ReplyDeleteNak pegi sini ngan boyfriend ahhh �� Tapi tula.. boyfriend pon halimunan ��
ReplyDeletewaaa cem best ni xpernah tau pon
ReplyDeleteDhla aku nk mkn seaweed dia pstu jdi mermaid je
ReplyDeleteNk gi lah
ReplyDelete