Thursday, 23 January 2020

Mount Hallasan, Jeju Island , Korea

Assalammualaikum hai yaedeul a hwan-yeong (hai guys selamat datang). Macam orang korea x? Hehehe
Orang cakap percutian korang di Korea tidaklah sempurna sekiranya tidak pergi ke Mount Hallasan di Pulau Jeju😍. 



Mt. Hallasan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Sebenarnya Mt. Hallasan adalah gunung berapi guys!! Tapi gunung berapi yang tak aktif. Banyak tumbuhan yang boleh hidup subur kat sini. Sebab itu juga wujudnya Hallasan National Park. 



Kat sinilah pemandangan ibarat syurga yang korang dapat saksikan kerana kepelbagaian spesies tumbuhannya, bukan sedikit tapi begitu banyak sekali iaitu dalam sekitar 1,800 jenis kesemuanya.
Fauna yang terdapat di sini pula adalah dalam sekitar 4,000 spesies.

               



Atmosfera segar dan menakjubkan yang ditawarkan di gunung ini dapat korang nikmati dengan pendakian yang agak mencabar.

Waktu diambil untuk mendaki dan turun dari gunung ini bagi yang jarang-jarang melakukan aktiviti lasak adalah dalam sekitar 10 jam. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, inilah yang boleh dikatakan tentang gunung indah Hallasan. 

Panorama indah yang ditawarkan membuatkan korang semua terlupa segala penat-lelah. Korang pun nak kuruskan badan ean? Tunggu ape lagi? 

Stay tuned okay! Jangan lupe comment ye😘

4 comments:

Osaka Castle Park, Osaka, Jepun

Kon'nichiwa, yōkoso ( hi dan selamat datang ) Okay korang kali ni aku nak bawak korang jejalan kat Osaka Castle Park di Negara Matahar...