Thursday, 23 January 2020

Osaka Castle Park, Osaka, Jepun

Kon'nichiwa, yōkoso ( hi dan selamat datang )
Okay korang kali ni aku nak bawak korang jejalan kat Osaka Castle Park di Negara Matahari Terbit!

Kalau korang nak tahu, Osaka Castle Park ini dibina pada tahun 1931, dan kawasannya sebesar 106.7 ekar!! Dekat sini macam taman pokok bunga yang besar tau, sbb die ada 600 pokok sakura, termasuk Yoshino Cherry ( hybrid dari Prunus speciosa X Prunus Pendula f. ascendens) yang terdapat di Nishinomaru. Ia nampak sama tapi berbeza ya guyss!

                           Yoshino cherry

                    Cherry blossom / sakura

                         Prunus speciosa

               Prunus pendula f. ascendens

Cantik ean bunga² ni😍? Okay back to topic, kat sini juga terdapat 95 jenis bunga apricot jepun/plum blossom. Ada 1250 pokok di Ume Grove dan di Omoide-no-mori ( Grove of Remembrance). 
       Japanese apricot flower / plum blossom
                               Ume Grove

Sambil² korang menikmati pemandangan pokok sakura yang cantik lebih² lagi pada musim bunga,kat sini juga merupakan sebuah taman yang lengkap dengan bermacam kemudahan bersukan. 



Pemandangannya akan berubah dari musim ke musim tapi tetap menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun. Walaupun ia terletak di tengah bandar ia masih menjadi tempat berekreasi dan tempat berehat yang selalu dikunjungi orang Osaka.

Berjalan di sekitar taman ini korang dapat melihat jambatan-jambatan indah serta Istana Osaka yang kini dijadikan muzium. Kalau korang semua dah puas menikmati pemandangan di sekitar taman, jangan lupa untuk singgah ke istana ini pula.


Okay guys sampai di sini sahaja pengembaraan kite kali ni!! Jangan lupe comment ye!

Mount Hallasan, Jeju Island , Korea

Assalammualaikum hai yaedeul a hwan-yeong (hai guys selamat datang). Macam orang korea x? Hehehe
Orang cakap percutian korang di Korea tidaklah sempurna sekiranya tidak pergi ke Mount Hallasan di Pulau Jeju😍. 



Mt. Hallasan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Sebenarnya Mt. Hallasan adalah gunung berapi guys!! Tapi gunung berapi yang tak aktif. Banyak tumbuhan yang boleh hidup subur kat sini. Sebab itu juga wujudnya Hallasan National Park. 



Kat sinilah pemandangan ibarat syurga yang korang dapat saksikan kerana kepelbagaian spesies tumbuhannya, bukan sedikit tapi begitu banyak sekali iaitu dalam sekitar 1,800 jenis kesemuanya.
Fauna yang terdapat di sini pula adalah dalam sekitar 4,000 spesies.

               



Atmosfera segar dan menakjubkan yang ditawarkan di gunung ini dapat korang nikmati dengan pendakian yang agak mencabar.

Waktu diambil untuk mendaki dan turun dari gunung ini bagi yang jarang-jarang melakukan aktiviti lasak adalah dalam sekitar 10 jam. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, inilah yang boleh dikatakan tentang gunung indah Hallasan. 

Panorama indah yang ditawarkan membuatkan korang semua terlupa segala penat-lelah. Korang pun nak kuruskan badan ean? Tunggu ape lagi? 

Stay tuned okay! Jangan lupe comment ye😘

Milford Sound, Fiordland, New Zealand

Hye Assalammualaikum, welcome to my travel blog! Ni post yang ke-4 and anda semua masih setia?? Okay nice!!
Macam yang aku janjikan kali ni aku nak bawak korang gi travel di negara orang putih! Get your ticket! Get your passport!, and here we go!! Excited cukk!!! So kali ni kite akan pergi ke Milford Sound di New Zealand!


                               Mitre Peak


Milford Sound terletak di barat daya pulau selatan New Zealand. Ia terkenal dengan Mitre Peak yang menjulang tinggi,ditambah dengan hutan hujan dan air terjun seperti Stirling falls and Bowen falls.
                             Stirling Falls

Kat sini bukan pemandangan die je cantik, kat sini korang boleh buat pelbagai aktiviti seperti berkayak, berbasikal, tengok pemandangan dari atas dengan menaiki kapal terbang. Korang nak tengok air terjun depan mata pun boleh laa. Banyak wehh aktiviti die!!. 





Selain itu, kat sini juga ada Fiordland National Park dan Milford Discovery Centre and Underwater Observatory.
Fiordland merupakan tempat bagi anjing laut, penguin dan ikan lumba².



Milford Discovery Centre and Underwater Observatory adalah peluang dan tempat untuk korang tengok batu karang hitam! Dan kehidupan laut yang lain! Menarik ean?



So guys ape tunggu lagi? Save duit dari sekarang! Sebab ada diskaun untuk backpacker! Seronok ean? 
Jangan lupe comment okay! Stay tuned👌

Saturday, 11 January 2020

Thung Teao Forest Natural Park, Krabi, Thailand

Assalammualaikum anda semua kembali lagi bersama saya di traveltimewithfiqah!! S̄wạs̄dī thuk khn læa yindī t̂xnrạb (hai korang dan selamat datang) Eh² lebih pulak. Ok guys kali ni aku nak bawa korang gi Thung Teao Forest Natural Park, Krabi,Thailand!!! OwO.. 

Ini adalah sebuah destinasi yang wajib korang lawati bila berkunjung ke Thailand, Thung Teao Forest Natural Park. And tempat ni mungkin akan jadi tempat pertama aku untuk travel ke luar negara. Doakan guys!! 

Okay, apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, manakan tidak, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.


Untuk meneroka kawasan rimba ini korang perlu menggunakan laluan semulajadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Jangan lupe jaga keselamatan, pastikan berjalan tu tengok bawah! Kalau nk snap gambar tu berhenti dulu okay! Pakai kasut jangan pakai selipar, kalau allergic nyamuk jangan lupe pakai ubat gatal! Ok done bagi tips keselamatan. :) 
Dan sambil tengok pemandangan alam yang cantik ni jangan lupe memuji Sang Pencipta okay :).


Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya. Dinamakan kolam kristal kerana airnya yang begitu jernih. Yang bestnya lagi, air kolam ini agak suam, memang nikmatlah bermandi-manda di sini! Korang jangan lupe bawa baju lebih ok!! Rugi kalau tak terjun dalam kolam kristal ni!! 



Wahh!! Excited tak korang? Macam best kan? Mesti korang tak penah tahu kan ada kolam kristal kat Thailand? Jangan risau sebab aku pun tak tahu. Hahaha 
Soo guyss stay tuned ok! Sebab next travel blog aku, akan cerita tentang negara orang putih pula 🤩! 

Xỳā lụ̄m s̄ædng khwām khidh̄ĕn (jangan lupe comments) okay. Lā k̀xn (selamat tinggal) 


Pulau Babi Besar, Mersing, Johor

Assalammualaikum! Okay firstly, thanks laa kepada sesiapa yg sudi comment and baca blog aku ni...lagi OwO. Aku bagi mini lep sikit untuk korang 💕 HAHAHAHAH. 

Okay back to main point, kali ni aku nak bawak korang gi travel kat dalam negara dulu. Korang jangan pikir Malaysia ni xleh travel, kat sini pun ada banyak tempat² yang menarik. Jadi kita akan travel ke negeri kelahiran aku iaitu Johor Darul Takzim. So kat Johor ni aku nak ajak korang gi Pulau Besar! Or nama panjangnya adalah Pulau Babi Besar!? Eh? ada babi ke kat pulau ni? Asal babi? Pelik ean? So korang nak tahu tak asal usul nama pulau besar ni? 

Ceritanya begini....
Kalau Pulau Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri, Pulau Besar juga mempunyai kisah lagenda tersendiri yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan. Kisah menarik tersebut mengisahkan tentang sepasang nelayan yang dikatakan telah bertukar menjadi ikan duyung. Ya ikan duyung guys!! 

Penduduk tempatan mempercayai bahawa isteri kepada nelayan tersebut yang sedang sarat hamil mengidamkan rumpai-rumpai laut untuk dimakan. Dan macam yang korang jangkakan isteri nelayan tersebut bertukar menjadi ikan duyung selepas makan rumpai-rumpai laut tersebut. 
Si suami yang melihat kejadian yang menimpa isterinya itu berasa sangat berang lalu melepaskan kemarahannya dengan memaki hamun "babi! babi! babi!" lalu memanggil pulau tersebut dengan panggilan pulau babi. Sejak itu, nama pulau babi itu kekal digunakan sehingga sekarang. Tapi kisah ni hanya kisah yang viral dikalangan penduduk kat situ. Kesahihan kisahnya masih diragui. Okay done pasal asal usul Pulau Besar. 

Kalau korang merancang untuk datang ke Pulau Babi di Johor ini, aku cadangkan korg  baca mengenai beberapa ilmu penting seperti peta, review pengunjung terdahulu, bayaran terlibat, papan tanda pemberitahuan dan sebagainya. Justeru, berikut aku akan cuba bantu untuk korg semua mencari beberapa benda berkaitan di Pulau Babi di Johor seperti berikut. Semoga bermanfaat.

         MASA YANG SESUAI 
Sengaja aku bincangkan tentang masa ini diawal-awal lagi kerana untuk memastikan korg semua tahu waktu sesuai untuk ke Pulau Babi di Johor. Hal ini kerana Pulau Babi di Johor ini terletak di sebelah Selatan Malaysia.

Actually nak ke pulau ni mengambil masa 40 MINIT!! dari Mersing. Jauh ean? Tapi ia sangat laa berbaloi sebab pulau ni air die jernih and die macam tempat relaxation laa jauh dari kesibukan bandar!! Soo macam best je ean?? 

Okay secara umumnya, mungkin tempoh sesuai serta paling ramai pelancong mari ke sini ialah dari bulan April Hingga September kerana pada masa ini ianya suasana yang mungkin sentiasa cerah dan tidak hujan. Pada masa ini juga, ramai pelancong sangat suka ke sini kerana mereka dapat merasai suasana panas di tepi pantai dengan seronoknya. Pada masa ini, banyak aktiviti yang mungkin dapat dilakukan di Pulau Babi di Johor ini.

Dan masa yang tidak sesuai untuk ke Pulau Babi di Johor ialah pada musim hujan iaitu mungkin pada bulan November hingga Februari. Justeru, pastikan perancangan percutian korg untuk ke sini dibuat dengan bijaksana jika tidak mahu kecewa di kemudian hari.

Kelengkapan dan Baju yang Sesuai Jika Datang ke Pulau Babi di Johor
Mungkin ianya nampak remeh tetapi ingatlah yang ianya mungkin menjadi isu! Nikmatilah dan ikuti sahaja list barangan dan pakaian ini jika korg nk ke Pulau Babi di Johor nanti.

Senarai Pakaian & Barangan Jika Pergi Picnic ke Pulau Babi di Johor :

Pakaian Mandi yang tutup aurat.
Kaca Mata
Baju santai yang selesa.
Selipar atau sandal (Pakai kasut tumit tinggi dan pasti anda menyesal)
Stoking dan Kasut Sukan
Air untuk bilas badan
Barangan snorkelling
Pelampung
Tikar
Makanan
Pinggan dan gelas polisterin
Air Minum
BBQ set, pemetik api & arang
Kain pelikat & tuala
Khemah

Berikut ialah sebenarnya senarai yang kita semua tahu. Disebabkan perlu ambil kira banyak benda terutama jika isteri atau anak-anak perempuan hendak menukar pakaian basah mereka. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan itulah hasilnya senarai barang yang mungkin perlu dibawa. 

Maaf laa kalau ayat² kat atas nampak cliche.. Lol
Sebab aku pinjam🙄 ayat orang heheheheh. 


Jadi sampai disini saja travel blog aku kali ni. Stay tuned guys untuk blog yang akan datang. Jangan lupe comments ok!! Cauuu




Sunday, 29 December 2019

Traveling without moving

Nampak macam senang ean tajuk die.. Tapi susah, hmmm macam mane nk buat travel blog tapi kau tak pergi travel. Mesti korang pikir "ambik je laa kat pak cik google, settle.. ape susah²". Travel tanpa pengalaman ni susah tau, kau nak kena karang ayat bagai, merepek.. kelaut laa jawapnya. Sebab kau tak ada pengalaman yang kau rasa sendiri. Mungkin orang pergi tempat yang sama tapi pengalamannya berbeza². Waduhh meletup otak gini.

Firstly, kita kena tahu ape pengertian untuk traveling atau bahasa Melayu nya PERJALANAN. Dan bagi orang yang suka travel ni dipanggil Backpacker. 

Backpacker boleh merujuk kepada:

* Seseorang yang menyertai backpacking (wilderness) atau backpacking (perjalanan)
* Pengembara yang suitcase nya terdiri daripada ransel
* Tempat yang murah untuk tinggal, seperti asrama

Jenis² backpackers :

1. Backpacking (padang gurun), kembara berjalan kaki dan perkhemahan semalaman di padang gurun dengan bekalan yang dibawa dalam ransel untuk sepanjang tempoh perjalanan, berbanding dengan day hiking atau berkhemah

2. Backpacking (perjalanan), kos rendah, umum bandar, perjalanan dengan bagasi minimal dan penginapan yang berjimat.

3. Ultralight backpacking, backpacking sambil membawa bekalan sangat sedikit atau sangat ringan

Nota: Ransel (juga dipanggil rucksack, knapsack, packsack, pek atau Bergen). 

                         Ini adalah ransel

Sebenarnya, aku ada lah juga berangan² nak pergi travel, tu pun kalau ada duit. Hmmmm tapi tu lah duit dah dalam perut ( tiap kali ada duit, makan je kerjanya ;(  ). Okay! back to topic. Jadi benda yang aku berangan adalah mempunyai set barang travel :

Backpack 
Sleeping bag
Khemah
Baju, seluar, tudung sarung je
Barang mandi (travel set punya) 
Ubat 
Selipar, kasut
Gajet 

And most important (untuk aku jelaa, aku rasa)  CAMERA CANON!! Untuk tangkap view² yang menarik, sebab aku tak pakai ip and phone aku storagenya asyik full je. So i need this important thing! Walahh ada feeling² travel tak? Ke aku ja?. 

Actually tak semua barang yang aku listkan ni kena ada, die depends kau nak travel kat mane, banyak duit sikit kau check in la kat hotel, sebab set² barang aku ni macam nak masuk hutan. Eh ni nk gi traveling ke nak gi camping? Huhuhu 
Tapi bagi aku sleeping bag dengan khemah tu kalau kau nak save bajet lah, rasa tak mampu nak duduk hotel. 

Jadi ini adalah pesanan dari seorang manusia yang cutinya hanya dihabiskan dirumah ;duduk sambil goyang kaki. 

Sila comment ye :)

Terimakasih. 

Osaka Castle Park, Osaka, Jepun

Kon'nichiwa, yōkoso ( hi dan selamat datang ) Okay korang kali ni aku nak bawak korang jejalan kat Osaka Castle Park di Negara Matahar...